May 5, 2017
Mei
Assalamualaikum dan Hai,
Bulan Mei, nak buat apa ye? nak bercerita tentang bulan lepas, macam tak ada cerita je, ye lah kalau tak ada story buat apa nak bercerita di blog. betul kan? hahahha, nak bercerita pasal bulan ni, my honeymoon month... *honeymoon sangat* sekarang ni dah masuk 2 bulan aku menganggur, ye aku cakap aku tanam anggur sekarang ni, ahhahah tapi tak ada hasil ye (jangan berangan)
kebanyakan selama 2 bulan aku ni, asyikm keluar je dengan *ehemm* ahhahahah. aku ada kena panghil 2 kali untuk interview kerja, tapi tak dapat lah sebab diorang lagi nak yang berpengalaman. disebabkan course belajar aku multimedia, tak ramai yang nak sangat sebab kebanyakan nak yang ada experience. budak fresh graduate ni kurang sikit sambutan. dah apply banyak wehh, still tak dapat. aku rasa macam nak tukar profession dah, ahhahahah.... nak kerja apa lak? kerja kerani? office?
tengok lah, sebab aku rela kerja dekat mana-mana. macam dekat 7Eleven ke? Kedai kasut ke? butik baju ke? hahhah , bossan weh duduk rumah. income tak ada langsung. habis aku nak belanja ke, nak beli kasut ke sume tak ada duit. macam mana pulak kan?
so, aku cari lah kerja kat mana-mana, janji income halal dan buat kerja halal. betul idak?
semenjak kawan aku si Nurul tuh suka stalk aku dekat blog sebab apa? sebab nak tahu story yang ada, ahahhha, bulan lepas pun tak ada update apa. tapi kan sebenarnya ada nak update, dah fikir nak update. tapi itu lah masalah aku ni, cepat naa lupa. so byebye April, Hello Mei baru nak update story.
i think that's it my story for today, kalau ada story lagi best, akan aku usahakan untuk update, walaupun kena buat reminder untuk diri sendiri.... hahahahha
March 25, 2017
Friendship
hari ini nak bercerita sikit tentang "friendship" ini sebab ramai orang ada kawan rapat, ada bestfriend. betul kan? so kita bagi meaning dulu pasal friendship, ala untuk bagi kita faham maksud hubungan kawan.
kebanyakkan dalam hidup kita tak tahu apa yang ada di depan mata kita, kita tahu semua benda dah tersedia untuk kita, contoh cari pekerjaan semua, kita tahu yang banyak syarikat nak fresh grads semua, tapi ada kita tahu macam mana pemilihan diorang dalam ambil candidate yang potential untuk syarikat dia orang, untuk membangunkan lagi syarikat mereka? kita kena tahu itu tau, jangan terus redah nanti menyesal tak sudah, betul kan?
back to the real topic, tersasar jauh pulak cerita pasal kehidupan.
okay, dalam persahabatan ini kita kena saling memahami. kalau tak faham sesama sendiri, macam mana hubungan kawan tuh nak kekal kan? hahahah
nak je aku kenalkan korang bertiga ni, rasanya masuk jugak kut. hahaha. nak cakap tentang friendship ni aku tak pandai tapi yang aku tahu, kita jangan pernah cakap belakang antara satu sama lain dan kalau boleh terus terang, walaupun sakit lebih baik cakap terus terang kan? hahahah
ni je kut post.
Aria.
March 8, 2017
Love
Assalamualaikum,
hari ni kita bincang pasal "LOVE". kalau cakap pasal LOVE mesti semua akan fikir tentang cinta, tak semestinya LOVE tuh ada lah cinta. boleh berbalik kepada kasih sayang antara keluarga atau kasih sayang terhadap haiwan peliharaan, benda dan lain-lain.
mari kita tengok apa itu LOVE
SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”
SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
Sumber: Maksud Perbezaan Antara Suka, Sayang Dan Cinta | melvister.com
jadi tak semestinya kalau cakap pasal LOVE kita fikir, cintakan orang tuh kita tak boleh hidup bersama dia. so kita kena faham pengertiannnya.
February 26, 2017
Double date
Assalamualaikum,
hari ni date with revita.... hahahah, it's double date huahuahua
mana taknya budak tuh nak ikut, plus kawan dia pun ikut gak. revita ni boleh tahan tau, aku tanya nak pergi mana, dia cakap. "i ikut je" sengal punya budak. plan ler nak ke mana lepastuh, last2 lepas makan beli barang semua. tengok wayang sebab apa sebab hari panas lagi pukul 3 petang so tengok wayang, habis pukul 5.30 petang okay lah tuh, jalan2 or tangkap gambar. pendek pulak revita aku tengok dalam gambar... hahahahahaha
it's good have a double date, kawan lelaki dia th pun okay orangnya, so okay gak tuh. boleh tahan, hahaha. baik, suka sakat revita, aku faham. aku pun sama. gila2 dengan revita, bergaduh pun depan2 diorang lelaki. mana taknya dah lama tak jumpa kan, so kena lah berborak, bergossip memanjang, bercerita pasal semua benda. memang lawak.
next time pun nanti keluar lagi, maybe pergi karaoke, katanya nak melalak. hahahah, okay lah tuh kan. happy, tapi tunggu duit masuk la. heheh
goodnight 😊
February 16, 2017
Internship
Assalamualaikum,
yeayyy esok is my last Internship. hahahahah, happy gila. akhirnya dah nak habis diploma. yeayy sukanya, tunggu konvo je nanti. settlekan apa yang patut esok, settlekan report. hantar dan submit, then presentation kena buat baik2.. nanti kena bising lak terutamanya lecturer DNM lah. haihhh
last everything yeayy. hahahah, settlekan kerja dulu, lepastuh kita pergi makan western malam ni. hahahaha
ada orang nak belanja, huahuahua. makan je keje aku ni kan, tapi tak gemok2. haihhh, tak baik mengeluh. heee. nak date tapi tak boleh keluar malam, nanti kena bising with my dad. so tarik adik aku je lah, dia on je kalau ada orang nak belanja makan. huahuahua. siapa tak suka kan. hahaha.
aku nak rampas phone dia and, tangkap gambar banyak2, phone baru okay, OppoR9 tuh, siapa tak suka. macam gaya Iphone kau. selfie je lahhh... penuhkan memori phone dia, huahuahua...
that's it for now. next time sambung cerita lain pulak..
February 12, 2017
Happy
Assalamualaikum,
cerita hari ni pulak adalah camera phone OppoR9 si dia.. hahaha, camera cantik woooo, suka pulak. nasib baiklah time tuh nak petang, lighting tak sangat. kalau tak dh penuh gambar dalam phone dia tuh. hahaha, camera cantik kita bergambar lah.
tapi semalam, aku try ber- make up, sebab tak pernah make up kan. hahahah, not bad adik aku make up. tak heavy sebab yelah, aku tak suka make up. hahahaha.
semalam tak dapat makan kek, tak dapat makan aiskrim semua, tapi takpelah. benda nak berlaku, next time je lah date. tapi saya nak semua tau, nak kek dan aiskrim. hahahha
happy je dapat date semalam, hahaha.. thank you Mr. Munchy 😍😍😍
Ana
Assalammualaikum,
hari ni cerita adalah tentang Nurfarzana Huda. hahahaha, dia senior aku di kolej. walaupun dia nampak muda tapi dia tua aku setahun. mentang-mentang dia kecik, comel gituh semua orang nampak dia macam sebaya je dengan aku. hahahah
dia ni perangai gila-gila jugak tau, aku tak tipu. sebab dia ni boleh tahan apabila membahan orang atau bagi nickname sebab dia ni pelupa nama orang. hahahaha.
hari ni ada event, mak dia punya event. best, sebab dapat berborak dengan ana. banyak cakap gak tuh. hahaah, so dia ni boleh tahan gila2 tuh.. huahuahua
cerita pasal ana ini je kut, sebab dah nak tidur. esok pagi nanti nak post cerita lain pulak. hahahah
February 6, 2017
3 February
aku yang melebih merayau, shopping sana sini. hahaha, ye lah dah ada gaji dari Internship. siapa tak suka kan? hahaha.aku tanya dia, nak aku belikan dia apa-apa tak. dia taknak, ayat dia macam ni.....
January 31, 2017
Bye January
Assalamualaikum,
Today is the last day of January, so I have a little story that's going on in this last moth of January.
Aku dah dapat gaji elaun praktikal. hahaha, happy gila dapat gaji.
plus jumaat ni, ada orang tuh punya birthday, wuu. tapikan nak hadiah kan apa, nak bagi kasut nanti rabak, bagi baju badan cepat membesar, bagi seluar perut buncit. haihhh susah lah dia ni.
sebulan ni kerja tahun 2017 ni, okay lah, kena marah dengan boss. benda biasa kalau orang bekerja kan? betul kan?
sebenarnya macam tak ada cerita kan, hahaha. tak banyak pun sebenarnya sebab, takde idea nak buat cerita. so itu je kut cerita untuk hari ni.
January 29, 2017
Family Bbq
Assalamualaikum,
hari ni post mengenai bbq, hahahaha. nak tahu sebab apa? sebab bbq ni family belah ibu. my aunt which is I call mama, dia saja nak buat bbq, so. kami pun okay dan buat lah.
saya buat perapan untuk sosej, sedappp. resepi dari kawan saya sebab dia belajar kulinari so itu kan expertise dia. hehe
tapi, aku boleh terkejut sebab boyfriend aku boleh join sekali. okay lah cerita dia macam ni, dia datang ke rumah sebab nak ambil buah mangga je, then my dad suruh aku betulkan laptop dia kenapa tak boleh ada connection wifi rumah, disebabkan dia tahu pasal computer sume ni. aku pun panggil dia, then dia try betulkan tak boleh sebab apa, ada masalah dekat wireless. tapi time tuh aku dah bersiap nak pergi rumah mama a.k.a makcik aku, so dia kena tinggal dekat rumah dengan my dad and akak aku. tetiba aku tengah nak tolong abang long which is my cousin, then aku boleh dengar bunyi motor dia. like what, seriously kau datang kan? mana tak gila, kau datang ke bbq family aku, so family aku dah kenal dia, and siapa dia. hmmm hahahah, macam kelakar sebab aku tak pernah nak bagi dia ikut sebab belum masanya. but time always know how to predict kan? maksudnye masa yang menentukan bila mas yang sesuai untuk dia datang dan kenal family aku macam mana? how aku interact dengan family, aunt's, uncle's and my cousin. hee, now he knows, so takpayah nak halang. dah dia okay je, aku pun okay je. just bila dia nak tukar ekzos motor. bingit tahu tak?
rasa macam nak rosakkan je ekzos, buat sakit telinga. orang pun marah tau. please lah tukar okay? 😊
hehe, ngantok so cerita pun sampai sini je, ada masa kita sambung lagi... goodnight!
January 27, 2017
Internship a.k.a. works life
Assalammualaikum,
today topic is "Internship". bila kita dah mula nak cari kerja, tunggu gaji dan sebagainya. kita dah mula berfikiran dewasa, dengan nak menampung keluarga, tolong apa yang patut. kadang-kadang kita tak sedar cara kita bekerja, buat, perangai dan semua.
that's life, we have to worked hard for life if you want to live. apa yang kita ambil dan apa kita buat akan mencorak kehidupan kita. masa depan, ada tak terfikir apa yang akan terjadi masa depan nanti? kehidupan kita, orang sekeliling. mesti tak terbayang apa yang terjadi semua kan? sebab itu dari sekarang, kita kena selalu fikir kita ada banyak peluang di hadapan. banyak sangat, rebut peluang itu. jangan menyesal. works it out, always remember that work smart don't work hard.
okay?
aku ni jadi falsafah pulak, macam-macam cerita pulak kan? hahaha 😂
but always remember that your family always there at your back, always there to comfort you, and gives you all the loves they can to you.
always remember, family first than anyone else.
January 26, 2017
January
Assalamualaikum
It's already 2017, new year for me and everyone right?
Saya nak mula balik berblog-ing balik, dah lama tak blog sebab dah tukar template baru.. ada perasan tak? 😂
I had the feeling that my boyfriend is far from me, tak tahu lah sebab dia busy dengan kerja. shift tak tentu masa, kejap pagi, kejap petang, kejap malam agak susah lah nak ada masa untuk chat semua. mungkin aku dah biasa dengan dia selalu chat dengan aku bila ada masa.
Maybe penceritaan aku ni tak banyak sangat sebab kalau bercerita bukannya ada orang nak baca, ye kan?
That's all for now. 😊

